|
Exotics Say's
[CHANGE IT WITH YOURs] Taggieboard
[REPLACE THIS IMAGE WITH YOUR ORIGINAL CBOX CODE.SIZE CBOX 225 X 80]
Ma Followers
Credits
![]() Template :Arina Azman Basecodes :Ino Arrien Wana The Owner : YOUR NAME
| (FanFic)I Love You Ghost.
So,skarang aku suda ada fanficz sendiri!!Yahoo..Enjoy :*
Watak:Gayoon(4-minutes)Mintz(Tiny-G)Jiyeon(GLAM)V(BTS)Jungkook(BTS)L.Joe(Teentop)Donghae(Super
Junior)Hyuna(4-MINUTES)
GayoonMintza dan Jiyeon merupakan sahabt baik sejak kecil
lagi.Kini mereka telah berumur16 tahun.Hubungan mereka sangat rapat,seperti
belangkas yang tak boleh dipisahkan.
“Tak lama lagi,cuti sekolah akan bermula.So,apa rancangan
kita?”Tanya Mintz.Sememangnya mereka akan melakukan pelbagai aktiviti pada
waktu cuti.Mereka pun berfikir tentang rancangan mereka pada cuti sekolah
nanti. “Erm,awak semu nak tak ikut saya pulang ke kampung nenek saya?kat sana
macam macam aktiviti kita boleh buat,tau!”cadang Jiyeon.Jiyeon memang seorang
yang lasak dan menyukai aktiviti yang mencabar. “Wah bernas juga cadangan awak
ni!saya suka saya suka!Boleh tak saya bawa adik saya,V?”kata Gayoon. Mereka
semua berasa teruja untuk ke kampung nenek Jieyon
Akhirnya setelah menunggu lama,hari yang ditunggu tunggu
telah pun tiba.Mereka semua akan berada di kampung halaman Jiyeon buat 10
hari.V,Adik Gayoon juga turut ikut pada percutian kali ini.Mereka akan menaiki
bas ke sana.Sepanjang perjalanan,mereka,mereka tidak habis berbual.
Setibanya mereka di sana,merek disambut oleh ahli
keluarga Jiyeon.Mereka berasa sangat gembira apabila menerima layanan yang
sangat baik.V juga telah mempunyai kawan baru yang sebaya dengannya,Jung Kook.V
dan Jung Kook mula menjadi rapat.Gayoon dan Mintz terpesona melihat suasana
kampung Jiyeon yang indah dan penuh dengan kehijauan.Maklumlah selama ini
mereka hanya terperuk di bandar yang serba canggih.
Tiba tiba,pada malam hari,mereka dikejutkan dengan berita
yang sedih.Kawanbaik Jiyeon ketika kecil telah meninggal dunia akibat sakit
yang teruk.Rumahnya terletak di hujung kampung..Ahli keluarga Jiyeon pergi
melawatnya.Kawan baik Jiyeon itu tinggal
bersendirian dirumah yang besar bersama seorang pembantu rumahnya.Gayoon.,Mintz
dan V tidak mengikut mereka.Akhirnya,Jiyeon dan keluarganya pun pulang ke
rumah.Jiyeon mengatakan yang lelaki itu sangat rapat dengannya ketika mereka
masih kecil.Jiyeon berasaa sedih apabila mengetahui berita itu.
Keesokan harinya,Jung Kook mengajak mereka semua untuk
pergi bermandi manda si sungai.Mereka semua berasa gembira .Mereka mandi dengan
penuh gembira.Tiba tiba,Gayoon teringat yang dia telah tertinggal tuala di
rumah keluarga Jiyeon.Dia pun pulang untuk mengambil tualanya.Ketika dalam
perjalanan,seorang lelaki kacak telah menegurnya.Nama lelaki itu ialah
L.Joe.Sikapnya yang peramah membuatkan Gayoon berasa selesa berkawan
dengannya.Mereka berbual panjang sebelum berpisah di pertengahan jalan.
“Tadi aku terjumpa dengan seorang lelaki kacak
tau.Namanya L.Joe.Kau kenal tak1?”Gayoon menceritakan kepada Jiyeon.”
“L.Joe,macam kenal lah.Tapi kat mana ya?”rupanya Jiyeo telah terlupa.Gayoon
berharap yang dia akan berjumpa dengn L.Joe lagi.
Harini,mereka semua akan pergi mendaki sebuah bukit.V dan
Donghae,abang sepupu Jiyeon akan menemani mereka.Mereka sangat teruja kerana
ini pasti akan memberikan suat pengalaman yang mengujakan.Mereka pun bergerak
pergi mendaki bukit itu.
Mereka memulakan ekspedisi mereka.Gayoon,Mintz dan V
asyik asyik merungut kerana tidak biasa dengan suasana di sana.Jiyeon dan
Jungkook hanya mentertawakan mereka.Donghae pula banyak mengajar mereka benda
benda baharu.
Kini,mereka perlu menuruni bukit yang curam.Gayoon dan
Mintz berasa takut kerana sebelum ini mereka tidak pernah menuruni bukit yang
curam.Mereka cuba melakukannya dengan berhati hati.Mintz berjaya menuruninya
dengan baik tetapi Gayoon bernasib malang kerana dia telah tergelincir dan
terjatuh dari bukit itu lalu hilang.
Mereka semua berasa terkejut.Mereka segera mencari Gayoon
disebalik semak samun tetapi tidak menjumpainya.Lalu,mereka segera memanggil
orang kampung untuk membantu mereka mencarinya.
“Kat mana saya?”Gayoon berkata dalam hati.Kini dia telah
sedar dari pengsan.Dan dia berasa pelik kerana dia sedang berbaring di sebuah
katil.Tiba tiba seorang lelaki mendekatinya.Rupanya lelaki itu ialah L.joe.
“Awak masih ingat saya?tadi saya jumpa awak pengsan dihutan.Saya bawalah awak
ke rumah saya.” Kata L.Joe.Gayoon berasa terkejut kerana dia bertemu lagi
dengan L.Joe,lelaki kacak yang dijumpainya tempoh hari.
Sepanjang dia berada di rumah L.Joe,L.joe melayannya
dengan baik.Pembantu rumah L.Joe juga melayannya dengan baik.Dia banyak berbual
dengan L.Joe
“L.Joe,awak pernah bercinta tak?”Gayoon bertanyakan
kepada L.Joe.L.Joe agak terkejut endengar soalan Gayoon. “Pernah.Tetapi cinta
tu tidak berkekalan lama.Dia curang dengan lelaki lain”L.Joe membuka cerita.
“Dulu,saya meminati seorang perempuan.Dia bernama
Hyuna.Walaubagaimanapun,Hyuna tidak menerima saya.Tetapi saya sangat tergilakan
Hyuna.Saya sangat berharap agar Hyuna menerima cinta saya.Suatu hari,Hyuna
telah mengajak saya untuk brjumpa dengannya di taman sekolah.Rupanya dia ingin
meluahkan perasaannya terhadap saya.Ketika itu saya berasa amat gembira.Saya
tidak menyangka yang Hyuna akan menerima saya.Sejak hari tiu,kamii selalu
keluar bersama keliling kampung.Tetapi,dia selalu menyuruh saya menyiapkan
kerja rumahnya.Tetapi saya tidak kisah kerana saya mencintainya.Dia juga selalu
meminta duit saya dan berjanji akan berbayarnya.Perkara itu berlarutan sehingga
duit saku saya hampir habis.Saya mula mengesyaki sesuatu.Dan suatu
hari,semuanya telah terbongkar.Saya terjumpa dia sedang berjalan dengan lelaki
lain.Saya berasa sangat kecewa.Saya lebih suka menyendiri dan tidak banyak
bercakap.Kini,saya sudah tidak mempercayai cinta.”cerita L.Joe.Gayoon berasa
sedih mendengar cerita L.Joe.
Keesokan harinya,Gayoon ingin meminta L.Joe menghantarnya
pulang.Tetapi,L.Joe memintanya menemaninya buat beberapa hari lagi.Gayoon pun
membatalkan hasratnya untuk pulang ke rumah Jiyeon.Dia juga telah menghantar
pesanan sms kepada Jiyeon.Harini,L.Joe ingin membawanya ke sawah padi.Sawah
padi itu kepunyaan keluarga L.Joe dan L.joe sering ke sana untuk bersiar
siar.Gayoon berasa gembira kerana dia tidak pernah pergi ke sawah
padi.Tetapi,dia berasa heran.Kenapa tiada pekerja yang berada di situ?.L.Joe
mengatakan yang pekerja sedang bercuti hari ini.Ketika Gayoon dan L.Joe sedang
berjalan,tiba tiba dia terjatuh.Nasib baik L.Joe menyambutnya.Gayoon berasa
terharu kerana L.Joe telah menyelamatnya.
Pada waktu malam,Gayoon telah membantu pembantu rumah
untuk menyediakan makan malam.Pembantu rumah itu sangat peramah.Pelbagai cerita
yang dia kongsikan.Gayoon berasa senang bersama pembantu rumahnya.Gayoon telah
meminta pembantu rumah itu untuk menceritakan tentang kisah hidup L.Joe. “L.Joe
merupakan anak tunggal dalam keluarga ini.Dia dilahirkan dalam keadaan yang
serba mewah.Tetapi,ibu L.Joe telah meninggal ketika dia sedang berumur 13
tahun.Ayah L.Joe pula telah berkahwin dengan perempuan lain dan mempunyai
keluarga sendiri.Cuma sekali sekala dia akan menjenguk L.Joe di rumah itu.L.Joe
telah hidup bersendirian sejak kecil.Itulah yang membuatkan dia matang dan
berdikari.Makcik telah menjaga L.Joe sejak dia kecil.L.Joe cukup benci akan
bapanya kerana bapanya sanggup meninggalkannya demi perempuan
lain.Maka,makciklah yang menjaga L.Joe walaupun tidak dibayar gaji.Makcik sudah
menganggap dia sebagai anak makcik sendiri.Kadang kala,sepupu L.Joe akan datang
ke sini dan tidur untuk beberapa hari”cerita pembantu rumah itu.Ternyata kisah
hidup L.Joe sangat menyedihkan.Gayoon berasa sedih mendengar cerita L.Joe.
“Awak takut tak dengan hantu?”pertanyaan L.Joe itu
mengejutkan Gayoon.Gayoon merupakan seorang yang penakut. “Awak jangan lah
takutkan saya”ujar Gayoon.L.Joe cuba menyakat Gayoon.Gayoon takut dan berlari
kearah pembantu rumah.Pembantu rumah ketawa dan menyuruh L.Joe untuk behenti
menyakat Gayoon.Mereka tertawa bersama.Betapa bahagianya ketika itu.
“Pada malam hari,Gayoon tidak boleh melelapkan mata.Dia
tidak boleh tidur.Dia berfikir tentang L.Joe.Dia rasa yang dia mula mencintai
L.Joe..Tiba tiba L.Joe memasuki bilinya dan duduk disebelah Gayoon.Gayoon
berpura pura tidur. “Gayoon,maafkan saya.Saya telah membohongi awak.Esok saya
akan menghantar awak ke dunia awak semua”Gayoon berasa sangat terkejut
mendengar kata kata L.Joe.Dia segera bangun. “L.Joe,apa awak cakap ni?jangan
nak merepek lah!”marah Gayoon. L.Joe berasa terkejut kerana dia menyangka
bahawa Gayoon telah tidur. “Maaf Gayoon.Saya telah membohongi awak.Sebenarnya
saya bukan manusia.Saya ialah jiran Jiyeon yang telah meninggal.Tetapi,saya dah
jatuh cinta pada awak.”Gayoon sangat terkejut. “Rupanya awak telah
meninggal.L.Joe saya juga mencintai awak.Saya taknak berpisah dengan
awak.”Gayoon mula menangis kesedihan.Walaupun dia telah mengetahui hal
sebenar,dia tetap mencintaii L.Joe.L.Joe telah mengajaknya keluar rumah.Mereka
berbaring diatas rumput sambil memandang kearah bintang bintang di langit.
“Gayoon,esok kita akan berpisah.Malam ni saya nak menghabiskan masa saya dengan
awak.”Lalu L.Joe telah memegang tangan Gayoon.L.Joe membawa Gayoon terbang
diudara.Gayoon berasa teruja kerana dapat terbang bersama L.Joe,kekasih
hatinya.Lalu,tiba tiba saja berlaku letusan bunga api yang indah diudara.Burung
burung pun datang mengelilingi mereka.Lalu Gayoon memeluk L.Joe sambil menangis
teresak esak.L.Joe juga memeluknya.Tanpa dia sedari,beberapa titis air mata
telah jatu di pipi nya.
Keesokan harinya,seperti yang dijanjikan oleh
L.Joe,Gayoon akan dihantar kembali ke dunia manusia.Gayoon tidak mahu berpisah
dengan L.Joe.Tetapi apakah daya,di perlu pulang ke dunia yang sebenar.Mereka
pun tiba di cerun bukit,tempat Gayoon terjatuh.Sebelum Gayoon meninggalkan
L.Joe,dia sempat memeluk L.Joe “Sarangheyo,oppa”luah Gayoon.L.Joe juga berjanji
dia akan kembali kepada Gayoon suatu hari nanti.Lalu,L.Joe pun menolaknya jatuh
ke bawah….
“Ehh,Gayoon dah sedarlah!”teriak Jiyeon.Mintz,V dan
JungKook segera berlari kea rah Gayoon.Gayoon terbaring lemah di hospital.Dia
mengalami kecederaan yang teruk.Dia telah
koma buat beberapa hari.Ibu bapa Gayoon segera memanggil doctor.
…. SEMINGGU KEMUDIAN…..
“Tak sangka awak berjumpa dengan L.Joe kembali”ucap
Jiyeon sambil menangis.Gayoon telah menceritakan kisahnya sepanjang dia berada
bersama L.Joe.Pada mulanya Jiyeon,Mintz,Jungkook dan V tidak
mempercayainya.Tetapi,setelah Gayoon menceritakan kisah hidup L.Joe kepada
Jiyeon,barulah mereka mempercayainya.Kini,Gayoon telah sembuh dan keluar dari
hospital.Setiap malam dia berdoa agar L.Joe tenang di alam sana.Dia juga
berharap agar L.Joe menepati janjinya yang dia akan kembali menemui Gayoon 4
tahun lagi
Written by Me at 12:10 PG 2 Melody{s}
|